Transformers: Animated
| Transformers: Animated | |
|---|---|
| Fail:Transformersanimated.jpg Pasukan Autobots | |
| Genre | Aksi Pengembaraan Cereka sains |
| Ditulis oleh | Todd Casey Rich Fogel Henry Gilroy Steve Granat Marsha F. Griffin Kevin Hopps Marty Isenberg Andrew Robinson Michael Ryan |
| Pengarah | Chris Berkeley Ben Jones Irineo Maramba Kintaro Mizuono Ciro Nieli Shunji Oga Keo Thongkham Matt Youngberg (penyeliaan) |
Pelakon suara | David Kaye Corey Burton Bumper Robinson Bill Fagerbakke Jeff Bennett Tom Kenny Tara Strong Cree Summer Townsend Coleman Phil LaMarr |
| Penggubah | Sebastian Evans |
| Negara asal | Amerika Syatikat Jepun |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 29 (Senarai episod) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | US Cartoon Network UK NickToons DE Super RTL BR Cartoon Network PT TVI JP TV Tokyo MY TV3 |
| Siaran asal | AS 26 Disember 2007 MY 2 Mac 2008 – kini |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Transformers: Animated ialah sebuah siri animasi televisyen buatan Amerika Syarikat/Jepun yang berdasarkan mainan siri Transformers. Siri ini diterbit di Cartoon Network Studios sementara kerja animasinya dilakukan di studio animasi Jepun MOOK DLE, The Answer Studio dan Studio 4 °C. Mula-mulanya diberi judul Transformers: Heroes, tajuk sekarangnya pula direka khusus untuk membezakannya dari filem live-action yang dikeluarkan pada Julai 2007. Siri ini melakukan penampilan sulung di Cartoon Network pada 26 Disember 2007. Setakat ini, sudah diterbitkan sebuah filem 90 minit dan 26 episod selanjutnya (untuk disiarkan dalam dua musim 13 episod). Episod pertama sepatutnya ditayangkan sepenuhnya di acara ‘’NTFA Mini-Con’’ di Arlöv, Sweden, pada 3 dan 4 November, namun Hasbro Inc (AS) menarik balik kelulusan tayangan episod penuh itu. Akibatnya, episod itu terpaksa dipotong menjadi 11 minit terawal sahaja.