Fate/stay night
| Fate/stay night | |
Logo Curtain Raiser DVD anime Fate/stay night. | |
| Genre | Aksi Drama Fantasi Romantik Fiksyen Sains Seinen |
|---|---|
| Permainan | |
| Pembangun | Type-Moon |
| Pengeluar | Type-Moon |
| Pereka | Takashi Takeuchi |
| Genre | Eroge, Novel visual |
| Pelantar | PC - Enjin KiriKiri |
| Manga | |
| Pengarang | Nishiwaki Datto (seni) |
| Penerbit | Kadokawa Shoten |
| Anime | |
| Pengarah | Yuji Yamaguchi |
| Studio | Studio Deen |
| Dilesenkan oleh | Geneon |
| Penyiaran Asal | Saitama TV, Chiba TV Animax Ntv7 |
| Dikeluarkan pada | 6 Januari 2006 – 16 Jun 2006 |
Fate/stay night (フェイト/ステイナイト, Feito/sutei naito) merupakan permainan video novel visual eroge Jepun ciptaan Type-Moon, dikeluarkan pada 30 Januari 2004. Sebuah siri anime oleh Studio Deen telah disiarkan daripada 6 Januari 2006 sehingga 16 Jun 2006. Pengumuman rasmi dan treler rasmi mula-mula disiarkan di pesta Rondo Robe 2005 "-Gate to Date-" di Jepun pada 26 Jun 2005 dan acara pembukaan (Curtain Raiser) DVD siri itu dikeluarkan di Jepun dalam bulan November 2005. Sebuah versi "umum" berdasarkan siri Fate/stay night, berjudul Fate/stay night Realta Nua telah dikeluarkan untuk platfom PlayStation 2 pada 19 April 2007, mempamerkan seiyu daripada siri anime televisyennya. Sebuah siri manga berdasarkan siri Fate/stay night juga telah mula diterbitkan dalam majalah Shōnen Ace.