Juanda Jaya
Juanda Jaya | |
|---|---|
| جواندا جاي | |
| Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) | |
| Menyandang jawatan 4 Januari 2022 | |
| Yang di-Pertua Negeri | Abdul Taib Mahmud (2022–2024) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (sejak 2024) |
| Premier | Abang Johari Tun Openg |
| Menteri | John Sikie Tayai |
| Didahului oleh | Talip Zulpilip |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Jemoreng | |
| Menyandang jawatan 7 Mei 2016 | |
| Didahului oleh | Abu Seman Jahwie |
| Majoriti | 3,789 (2016) 5,012 (2021) |
| Mufti Perlis | |
| Dalam jawatan 27 Januari 2009 – 27 Januari 2014 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
| Didahului oleh | Mohd Asri Zainul Abidin |
| Digantikan oleh | Mohd Asri Zainul Abidin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Sibu, Sarawak, Malaysia |
| Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (sejak 2018) |
| Pertalian | Jaya Mahli (bapa) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Mufti |
Datuk Dr. Juanda bin Jaya merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mufti yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang bertanggungjawab ke atas Integriti dan Ombudsman dalam pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) du bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg serta Menterinya, John Sikie Tayai sejak Januari 2022. Beliau juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak) untuk Jemoreng sejak Mei 2016. Beliau adalah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari Januari 2009 sehingga Januari 2014. Pada 1 Oktober 2009, beliau mula mengambil cuti dan menjadi cendekiawan pelawat ke Universiti Oxford dari 6 Oktober 2009 hingga 3 Ogos 2010 selama 10 bulan dan beliau merupakan berketurunan Melanau. Beliau merupakan satu-satunya anak jati Malaysia Timur yang pernah menjadi Mufti di Semenanjung Malaysia.