Mohd Asri Zainul Abidin

Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis
Menyandang jawatan
Februari 2015
Didahului olehJuanda Jaya
Dalam jawatan
1 November 2006 – 11 November 2008
Didahului olehMat Jahaya Hussin
Digantikan olehJuanda Jaya
Maklumat peribadi
Lahir (1971-01-01) 1 Januari 1971
Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Tempat belajar
Pekerjaanahli akademik, mufti

Prof. Dato' Arif Perkasa' Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (lahir; 1 Januari 1971) ialah seorang profesor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia, bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015 menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007. Segala penulisan beliau dibukukan di dalam sebuah buku bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 21 April 2010.