James Rodríguez

James Rodríguez
James Rodríguez bersama Bayern Munich pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh James David Rodríguez Rubio
Tarikh lahir (1991-07-12) 12 Julai 1991
Tempat lahir Cúcuta, Colombia
Ketinggian 180 cm (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah serangan
Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
São Paulo
Nombor 55
Kerjaya remaja
2001–2005 Academia Tolimense de Fútbol
2005–2006 Envigado
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Envigado 30 (9)
2008–2010 Banfield 42 (5)
2010–2013 Porto 63 (25)
2013–2014 Monaco 34 (11)
2014–2020 Real Madrid 85 (29)
2017–2019Bayern Munich (pinjam) 43 (14)
2020–2021 Everton 23 (6)
2021–2022 Al-Rayyan 13 (4)
2022–2023 Olympiacos 20 (5)
2023– São Paulo 18 (2)
Pasukan kebangsaan
2007 Colombia B17 11 (3)
2011 Colombia B20 5 (3)
2011– Colombia 100 (27)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 April 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Jun 2024

James David Rodríguez Rubio (Sebutan Sepanyol: [ˈxames roˈðɾiɣes]; lahir 12 Julai 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Colombia yang bermain sebagai pemain tengah serangan atau pemain sayap untuk São Paulo dan pasukan kebangsaan Colombia.

James memulakan kerjaya antarabangsa beliau dengan pasukan bola sepak bawah-20 Colombia, di mana beliau memenangi Piala Toulon 2011 bersama pasukan ini. Kemudian, beliau menjadi kapten pasukan bawah-20 semasa Piala Dunia Bawah-20 FIFA 2011. Berikutan prestasinya dalam kejohanan tersebut, beliau sering dipanggil ke dalam pasukan utama sejak berumur 20 tahun. Beliau bermain dalam Piala Dunia FIFA 2014 dan 2018, dan memenangi Kasut Emas Piala Dunia FIFA pada 2014, dan dimasukkan ke dalam pasukan bintang piala.

Beliau juga mewakili negaranya dalam Copa América 2015, Copa América Centenario pada tahun 2016, dan Copa América 2019, memenangi tempat ketiga pada tahun 2016.