Copa América 2019

Copa América 2019
Copa América Brasil 2019
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Brazil
Tarikh14 Jun - 7 Jul 2019
Pasukan12 (dari 2 konfederasi)
Tempat(di 5 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Brazil (Kejuaraan Ke-9)
Naib Juara Peru
Tempat Ketiga Argentina
Tempat Keempat Chile
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol60 (2.31 per perlawanan)
Kehadiran867,245 (33,356 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Everton
Paolo Guerrero
(Masing-masing 3 gol)
Pemain terbaik Dani Alves
Penjaga gol terbaik Alisson
Anugerah Permainan Bersih Brazil
2016
2021

Copa América 2019 akan menjadi edisi ke-46 Copa América, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang akan diadakan empat tahun sekali, yang dianjurkan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL. Ia akan diadakan di Brazil dan berlangsung antara 14 Jun dan 7 Julai 2019 di 6 tempat di seluruh negara.

Menuju ke kejohanan itu, Chile adalah juara bertahan dua kali, setelah memenangi edisi kejohanan 2015 dan 2016, tetapi telah disingkirkan oleh Peru di separuh akhir yang membawa kepada perlawanan tempat ketiga menentang Argentina, yang mana mereka juga kalah.

Negara tuan rumah Brazil memenangi gelaran kesembilan mereka dengan mengalahkan Peru 3-1 di perlawanan akhir. Argentina mengambil tempat ketiga dengan mengalahkan Chile 2–1 dalam perlawanan tempat ketiga.