Jambatan Angkat Kuala Terengganu
| Jambatan Angkat Kuala Terengganu جمبتن اڠكت كوالا ترڠڬانو | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Membawa | Kenderaan bermotor, Pejalan kaki |
| Disenggarakan oleh | TI Properties Sdn Bhd |
| Ciri-ciri | |
| Reka bentuk | Jambatan imbang |
| Panjang keseluruhan () | 638 meter |
| Lebar () | 23 meter |
| Tinggi () | 12.5 meter dari aras laut |
| Bilangan lorong | Empat |
| Sejarah | |
| Biaya pembinaan | RM248 juta |
| Dibuka pada | 2-17 Jun 2019 (tempoh percubaan) 1 Ogos 2019 (dibuka secara tidak rasmi) |
| Dirasmikan | 14 September 2022 |
| Maklumat lokasi | |
| Lokasi | Kuala Terengganu |
| Negara | Malaysia |
| Menyeberangi | Sungai Terengganu |
| 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).
Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.