Jamaliah Jamaluddin
Jamaliah Jamaluddin | |
|---|---|
嘉玛莉亚 / جمالية جمال الدين | |
Potret Rasmi Dewan Negeri Selangor | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau) | |
| Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Menteri Besar | Amirudin Shari |
| Didahului oleh | Siti Mariah Mahmud (Kesihatan) Hee Loy Sian (Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau) |
| Kawasan pilihan raya | Bandar Utama |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bandar Utama | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Majoriti | 34,679 (2018) 35,446 (2023) |
| Bendahari Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 10 November 2024 | |
| Timbalan | Rajiv Rishyakaran |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Didahului oleh | Ong Kian Ming |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Jamaliah Jamaluddin 16 Mac 1989 Hunan, China |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Ibu bapa | Jamaluddin Ibrahim |
| Saudara | Shamsiah Fakeh (Nenek) |
| Tempat belajar | Universiti Northwood |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | https://www.jamaliahjamaluddin.com |
Jamaliah Jamaluddin (lahir 16 Mac 1989; Jawi: جمالية جمال الدين; Cina ringkas: 嘉玛莉亚; pinyin: Jiāmǎ Lìyà) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sejak Ogos 2023 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Bandar Utama sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Pada masa ini, beliau ialah Ahli EXCO Selangor termuda dan salah seorang daripada hanya dua Ahli EXCO wanita Selangor bersama-sama dengan Anfaal Saari.