Anfaal Saari

Anfaal Saari
أنفال شاعري
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
(Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Sosial & Ekonomi Penjagaan)
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehSiti Mariah Mahmud
(Pemerkasaan Wanita dan Keluarga)
Jawatan ditubuhkan
(Kebajikan Sosial & Ekonomi Penjagaan)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Taman Templer
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMohd Sany Hamzan
(PHAMANAH)
Majoriti467 (2023)
Timbalan Ketua Wanita
Parti Amanah Negara
Menyandang jawatan
22 Disember 2023
PresidenMohamad Sabu
Ketua WanitaAiman Athirah Sabu
Didahului olehNor Hayati Bachok
Maklumat peribadi
Lahir
Anfaal binti Saari
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Amanah Negara (AMANAH)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Ibu bapaSaari Sungib (bapa)
PekerjaanAhli politik

Anfaal binti Saari merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Taman Templer sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Beliau ialah ahli dan Ketua Wanita Bahagian Gombak bagi Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Wanita AMANAH sejak Disember 2023. Beliau kini merupakan salah seorang daripada dua EXCO AMANAH Selangor bersama Izham Hashim, dan juga salah seorang daripada dua EXCO wanita Selangor bersama Jamaliah Jamaluddin. Beliau juga merupakan anak kepada bekas ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.