Ong Kian Ming
Ong Kian Ming | |
|---|---|
王建民 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bangi, Selangor | |
| Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Teo Nie Ching (DAP) |
| Digantikan oleh | Syahredzan Johan |
| Majoriti | 42,206 |
| Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Menteri | Darell Leiking |
| Didahului oleh | Ahmad Maslan Chua Tee Yong |
| Digantikan oleh | Lim Ban Hong |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 September 1975 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | DAP |
| Pasangan | Yeoh Ee Leng Dr. Iezua Ong Kian Ming |
| Kediaman | Malaysia |
| Pendidikan | Ph.D (Sains Politik) |
| Tempat belajar | Universiti Duke Universiti Cambridge London School of Economics |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | http://www.ongkianming.com |
Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming (Cina ringkas: 王建民; pinyin: Wáng Jiàn Mín ; lahir 12 September 1975) ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang ahli akademik, penganalisis politik dan kini menjadi ahli strategi pilihan raya bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ong merupakan bekas penganalisis politik terkemuka dalam senario politik Malaysia . Rencana-rencana beliau tersiar dalam Malaysiakini , Malaysian Insider , The Edge dan lain-lain. Kerjaya beliau bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Dasar Sains, Universiti UCSI dan menjadi pakar rujuk bagi 'Blue Ocean Strategies. Beliau pernah menjadi penganalisis dasar untuk Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Kumpulan Perudingan Boston, Kuala Lumpur.