Isham Jalil

Isham Jalil
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
24 Jun 2022 – 6 Disember 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Penerangan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
20 November 2022 – 21 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehShahril Sufian Hamdan
Digantikan olehAzalina Othman
Maklumat peribadi
Lahir
Hizatul Isham bin Abdul Jalil

(1976-06-11) 11 Jun 1976
Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Tempat belajarUniversiti Bristol
The Wharton School (MBA)
Universiti Harvard (MPA)
PekerjaanAhli politik
Laman webBiodata

Facebook

TikTok

Ir. Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil, ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di bawah pimpinan Presiden Ahmad Zahid Hamidi sejak Jun 2022. Pada November 2022, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Shahril Sufian Hamdan yang telah meletakkan jawatan. Pada pemilihan UMNO tahun 2022, Isham telah bertanding ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan telah menang dengan majoriti undi di 101 bahagian UMNO di seluruh negara. Pada 6 Disember 2023, Isham telah dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang turut hadir pada mesyuarat MKT UMNO malam tadi, namun meminta namanya tidak disiarkan.