J Revolusi
| J Revolusi | |
|---|---|
| Pengarah | Zulkarnain Azhar |
| Lakon layar | Mohammad Alfie Mohammad Johari Palermo |
| Dihasilkan oleh | (eksekutif)
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Harris Hue Abdullah |
| Disunting oleh | Nazim Shah |
| Muzik oleh | Onn San |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 100 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 2.70 Juta |
| Pecah panggung | RM 7.00 Juta |
J Revolusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.
Treler rasmi filem ini dimuat naik di akaun YouTube tayangan rasmi Grand Brilliance (kini dikenali sebagai Primeworks Studios - Film) pada 22 Januari 2017. Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017. Kesinambungannya, J2: J Retribusi dikeluarkan pada 1 Jun 2021, manakala filem ketiganya dalam perancangan.