Izizam Ibrahim
Izizam Ibrahim | |
|---|---|
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Kemudahan, Infrastruktur, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Bersepadu dan Aduan Awam) | |
| Menyandang jawatan 25 November 2022 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
| Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
| Didahului oleh | Hamizan Hassan (Kemudahan, Infrastruktur dan Pengangkutan) Rozaini Rais (Hubungan Sempadan dan Kerjasama) Nurulhisham Yaakob (Penyelarasan Bersepadu dan Aduan Awam) |
| Kawasan pilihan raya | Titi Tinggi |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Titi Tinggi | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Teh Chai Aan (BN–MCA) |
| Majoriti | 3,785 (2022) |
| Puak yang diwakili di Dewan Undangan Negeri Perlis | |
| 2022– | Perikatan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Izizam bin Ibrahim 1971 (umur 53–54) |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2016) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2016) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2016) Pakatan Harapan (PH) (2017–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Tempat belajar | Universiti Terbuka Malaysia (OUM) (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Izizam Ibrahim merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Titi Tinggi sejak November 2022. Beliau adalah ADUN Titi Tinggi daripada etnik Melayu. Beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen PN dan dahulunya gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau ialah Bendahari PN Negeri Perlis, Timbalan Pengerusi BERSATU Negeri Perlis dan Ketua Bahagian BERSATU bagi Padang Besar. Beliau sebelum ini adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau merupakan Timbalan Ketua Cawangan Perumahan Awam (RPA) UMNO Padang Besar, Ketua Pemuda Cawangan RPA UMNO Padang Besar, Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Padang Besar. Beliau juga kini merupakan salah seorang daripada tiga Ahli EXCO BERSATU Perlis bersama Megat Hashirat Hassan dan Wan Zikri Afthar Ishak.