Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Mohd Irwan Serigar Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
2011 – 14 Mei 2018
Digantikan olehDatuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar
Maklumat peribadi
Lahir (1957-03-07) 7 Mac 1957
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanPutrajaya, WP, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Malaya,
Universiti Pennsylvania,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Laman webwww.treasury.gov.my/index.php/profil-kementerian/ketua-setiausaha-perbendaharaan.html
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "pendidikan"

Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah (lahir 7 Mac 1957) berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia sejak 2011. Ramai mengenalinya sebagai Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan pengasas merangkap penaung kepada Pergerakan Keusahawanan Global (GEM), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjadi platform perangkaian dalam kalangan usahawan.

Mohd Irwan Serigar telah menerima pelbagai anugerah dan darjah kebesaran pada peringkat kebangsaan dan negeri termasuk Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Peringkat Kedua, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri; Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.)

Selain itu, Mohd. Irwan Serigar juga memegang portfolio Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Bank Negara Malaysia dan Pengarah Eksekutif di Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia serta Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. Sebelum itu beliau pernah ditugaskan sebagai Timbalan Setiausaha Rendah di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 2007 dan Setiausaha Rendah di bahagian yang sama pada 2008.