Ismail Haji Bakar
Ismail Haji Bakar PMN; SSAP (Pah); DPSM (Mel); SMW (WP); PhD | |
|---|---|
| Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan | |
| Menyandang jawatan 1 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham |
| Didahului oleh | Tan Sri Sidek Hassan |
| Ketua Setiausaha Negara ke-14 | |
| Dalam jawatan 28 Ogos 2018 – 31 Disember 2019 | |
| Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh | Ali Hamsa |
| Digantikan oleh | Mohd Zuki Ali |
| Ketua Setiausaha Perbendaharaan | |
| Dalam jawatan 12 Jun 2018 – 11 September 2018 | |
| Didahului oleh | Irwan Serigar Abdullah |
| Digantikan oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 19 Januari 1960 Batu Pahat, Johor |
| Pasangan | Puan Sri Jamaliah Othman |
| Pendidikan | PhD Federalisme Fiskal |
| Tempat belajar | University of Hull Universiti Malaya |
| Anugerah awam | Senarai |
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar (lahir 19 Januari 1960) adalah Ketua Setiausaha Negara yang telah dilantik pada 28 Ogos 2018 lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia untuk tempoh yang singkat, menggantikan tempat Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah yang telah tamat kontrak perkhidmatannya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 18 November 2014 lalu.