Prisia Nasution
Prisia Nasution | |
|---|---|
| Kelahiran | Prisia Wulandari Nasution 1 Jun 1984 |
| Nama lain | Phia |
| Pekerjaan | Pelakon, Penyampai, Peragawan |
| Tahun aktif | 2003 - kini |
| Pasangan | Ananda Siregar (2007 - 2012) Iedil Putra (berkahwin 2016) |
| Ibu bapa | Robert Nasution Siti Sundari |
Prisia Wulandari Nasution (lahir 1 Jun 1984) yang akrab disapa Phia merupakan seorang pelakon, penyampai, dan peragawan Indonesia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon utama filem adaptasi novel Ronggeng Dukuh Paruk berjudul Sang Penari (2011) dan menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2011. Selepas menerima anugerah itu, kerjaya Prisia Nasution di dunia perfileman Indonesia meningkat dengan membintangi lima filem pada tahun 2013 iaitu Isyarat sebuah filem omnibus bergenre drama, melakonkan watak isteri Joko Widodo Iriana dalam Joko, sebagai aktivis alam sekitar Butet Manurung dalam Sokola Rimba, Rectoverso sebuah filem adaptasi dari novel karya Dewi Lestari, dan sebuah filem perjalanan Laura & Marsha.
Prisia Nasution kembali tampil dalam sebuah filem drama Unlimited Love (2014) yang difilemkan di Eropah. Selain itu beliau juga kembali berkolaborasi dengan Ifa Isfansyah untuk kali kedua dalam filem Pendekar Tongkat Emas. Setahun berikutnya Prisia Nasution kembali membintangi filem 3, sebuah filem cereka sains dan Comic 8: Casino Kings Part 1 sebuah sekuel pertama Comic 8, filem kedua yang dibintangi Prisia Nasution tahun ini merupakan karya Anggy Umbara.