Ibrahim Abdul Rahman
Ibrahim Abdul Rahman | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Seberang Tengah | |
| Dalam jawatan 16 September 1963 – 9 Mei 1969 | |
| Didahului oleh | Dirinya sendiri |
| Digantikan oleh | Mustapha Hussain (GERAKAN) |
| Majoriti | 8,174 (1964) |
| Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Seberang Tengah | |
| Dalam jawatan 19 Ogos 1959 – 16 September 1963 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Dirinya sendiri |
| Majoriti | 1,277 (1959) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ibrahim bin Abdul Rahman 21 April 1919 Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang |
| Meninggal dunia | 5 April 2015 (umur 95) Hospital Serdang, Kajang, Selangor |
| Cause of death | Sesak nafas |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor |
| Parti politik | UMNO |
| Pasangan | Datin Che Yan Abdul Hamid Hussein |
| Pertalian | Nurul Izzah Anwar (cucu) Nurul Hana Anwar (cucu) Nurul Nuha Anwar (cucu) Mohd Ihsan Anwar (cucu) Nurul Iman Anwar (cucu) Nurul Ilham Anwar (cucu) |
| Anak | Anwar Ibrahim (anak) Rehan Ibrahim (anak) Idrus Ibrahim (anak) Rani Ibrahim (anak) Marzuki Ibrahim (anak) Rusli Ibrahim (anak) Farizon Ibrahim (anak) Sukma Darmawan (anak angkat) |
| Kediaman | Country Heights, Kajang |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Haji Ibrahim bin Abdul Rahman (21 April 1919 – 5 April 2015) ialah seorang ahli politik daripada Perikatan / UMNO di Malaysia. Beliau memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Seberang Tengah dan beliau berkhidmat dari Ogos 1959 hingga Mei 1969.
Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, manakala Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya pertama selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini berlangsung secara berperingkat, bermula dari negeri Perlis hingga ke Kelantan. Ketika itu, Sabah dan Sarawak masih belum menyertai atau membentuk Malaysia.
Kerusi Parlimen meningkat daripada 52 kerusi pada tahun 1955 kepada 104 kerusi pada tahun 1959. Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi, manakala pihak pembangkang memenangi 30 kerusi.