I Ching

I Ching
Muka surat judul edisi Dinasti Song (s. 1100) bagi I Ching
Tajuk asal
NegaraChina
BahasaBahasa Cina Purba
SubjekRamalan nasib, kosmologi
Penerbitan
Diterbitkan pada
Akhir abad ke-9 SM
Teks asal
di Wikisumber bahasa Cina
I Ching
"I (Ching)" dalam tulisan skrip meterai (atas), tulisan tradisional (tengah), dan tulisan ringkas (bawah)
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional易經
Tulisan Cina Ringkas易经
Hanyu PinyinYì Jīng
Maksud harfiah"Klasik Perubahan"
Vietnamese name
Vietnamese alphabetKinh Dịch
Chữ Hán經易
Korean name
Hangul역경
Hanja易經
Nama Jepun
Kanji易経
Hiraganaえききょう

I Ching atau Yijing (Cina: 易經 [î tɕíŋ] ( dengar)), biasanya diterjemah sebagai Kitab Perubahan atau Klasik Perubahan, ialah teks kuno ramalan nasib dari China yang merupakan antara karya tertua dalam kalangan klasik Cina. I Ching pada asalnya merupakan manual ramalan semasa zaman Dinasti Zhou Barat (1000–750 SM). Sepanjang zaman Zaman Negara-Negara Berperang dan awal zaman empayar (500–200 SM), ia berubah menjadi teks kosmologi agama dengan siri ulasan falsafah yang dikenali sebagai Sepuluh Sayap. Selepas menjadi sebahagian daripada Lima Klasik Cina pada abad ke-2 SM, I Ching menjadi asas kepada amalan ramalan selama berabad-abad di seluruh Asia Timur dan menjadi subjek ulasan ilmiah. Antara abad ke-18 hingga ke-20, ia memainkan peranan penting dalam pemahaman falsafah Asia Timur di dunia Barat.

Sebagai teks ramalan, I Ching digunakan dalam bentuk klromansi Cina yang dikenali sebagai ramalan I Ching di mana berkas batang yarrow dimanipulasi untuk menghasilkan set enam nombor rawak antara 6 hingga 9. Setiap satu daripada 64 set yang mungkin sepadan dengan satu heksagram, yang boleh dirujuk dalam I Ching. Heksagram-heksagram itu disusun mengikut turutan yang dikenali sebagai turutan Raja Wen. Tafsiran terhadap bacaan yang terdapat dalam I Ching telah dibincang dan diperdebatkan selama berabad-abad. Ramai pengulas menggunakan buku ini secara simbolik, selalunya untuk memberikan panduan dalam membuat keputusan moral, berpandukan Konfusianisme, Taoisme dan Buddhisme. Heksagram-heksagram tersebut juga sering memperoleh makna kosmologi dan diparalelkan dengan banyak nama tradisional lain bagi proses perubahan seperti yin dan yang dan Wuxing.