Huawei

Huawei
Nama asli华为技术有限公司
Nama rumiHuáwèi jìshù yǒuxiàn gōngsī
Jenis/bentuk sahPerniagaan, perusahaan, syarikat teknologi 
ISINHK0000HWEI11
IndustriTelekomunikasi, electronics industry, teknologi maklumat dan komunikasi 
Ditubuhkan1987 
PengasasRen Zhengfei
Ibu pejabatShenzhen , China 
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh pentingRen Zhengfei (CEO)
Liang Hua (pengerusi)
Meng Wanzhou (timbalan pengerusi & CFO)
He Tingbo (Director)
Keluaran
  • Mudah alih and rangkaian jalur lebar tetap
  • Perundingan dan perkhidmatan terurus
  • Multimedia teknologi
  • Telefon Pintars
  • Komputer tablets
  • Dongles
  • Smart TV
  • HIMA
  • AITO
  • HarmonyOS
  • EulerOS
JenamaHuawei
Hasil CN¥642.3 billion (US$87.8 billion) (2022)
Pendapatan kendalian47,515,000,000 Renminbi (2016) 
Pendapatan bersih CN¥35.6 billion (US$5.2 billion) (2022)
Jumlah aset CN¥876.854 billion (US$140 billion) (2022)
Jumlah ekuiti21,000 Renminbi (1987) 
PemilikRen Zhengfei, Ren Zhengfei 
Bilangan kakitangan207,000 (2023)
Syarikat indukHuawei Investment & Holding
Anak syarikatCaliopa
Chinasoft International
FutureWei Technologies
HexaTier
HiSilicon
iSoftStone
Tapak webwww.huawei.com
sunting · sunting di Wikidata

Huawei Technologies Co. Ltd. (/ˈhwɑːˌw/; Cina ringkas: 华为Cina tradisional: 華為pinyin: Huáwéi) merupakan syarikat multinasional China yang menghasilkan alat-alat rangkaian telekomunikasi yang berpusat di Shenzhen, Guangdong. Syarikat tersebut merupakan pembuat alat-alat telekomunikasi yang terbesar di dunia dan mengambil alih tempat pertama Ericson pada tahun 2012.

Huawei ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera Ren Zhengfei pada tahun 1987 sebagai syarikat sendirian yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Misi terasnya adalah untuk membina rangkaian telekomunikasi, membekalkan perkhidmatan khidmat nasihat dan alat-alat operasi kepada pasaran pengguna. Huawei mempunyai lebih dari 140,000 pekerja dan 46% daripadanya melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Huawei mempunyai 21 institut R&D di banyak negara termasuk China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Pakistan, Jerman, Colombia, Sweden, Ireland, India, Rusia dan Turki, dan US$5 bilion dilaburkan dalam R&D pada tahun 2013.

Pada tahun 2010, Huawei merekodkan keuntungan sebanyak 23.8 bilion CNY (3.7 billion USD). Produk dan perkhidmatannya digunakan di lebih dari 140 negara dan Huawei member perkhidmatan kepada 45 daripada 50 operator telekom yang terbesar di dunia..

Pada April 2025, U Mobile mengumumkan kerjasama dengan ZTE untuk menggunakan rangkaian 5G kedua Malaysia, dengan ZTE bertanggungjawab untuk rangkaian 5G di Malaysia. U Mobile merancang untuk melengkapkan penyebaran rangkaian 5G pada tahun 2026.