Dongle
Dongle atau anak kunci ialah ketulan kecil perkakasan komputer yang bersambung kepada komputer. Fungsi biasa dongle ialah sebagai pengesahan atur cara komputer. Tanpa dongle, atur cara hanya dapat dilaksanakan dalam mod terhad, atau tidak sama sekali. Dongle digunakan oleh sesetengah pengedar proprietari sebagai cara perlindungan salinan atau pengurusan hak digital, kerana ia lebih sukar menyalin dongle berbanding menyalin atur cara yang disahkan olehnya. Sungguhpun sebagai perkakasan, dongle bukanlah penyelesaian sempurna kepada pengesahan pelanggan.