Ren Zhengfei
Ren Zhengfei | |
|---|---|
任正非 | |
Zhengfei pada 2014 | |
| Kelahiran | 25 Oktober 1944 Zhenning, Guizhou, Republik China |
| Warganegara | China |
| Pendidikan | Universiti Chongqing Jianzhu (kini Universiti Chongqing) |
| Pekerjaan | Jurutera, ahli perniagaan |
| Terkenal kerana | Pengasas & CEO Huawei |
| Parti politik | Parti Komunis China |
| Anak-anak | 3 |
| Saudara | Meng Wanzhou (anak) |
Ren Zhengfei (Bahasa Cina: 任正非; pinyin: Rén Zhèngfēi; lahir 25 Oktober 1944) ialah jurutera dan usahawan Cina. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia dan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia. Sehingga Februari 2019, beliau mempunyai nilai bersih AS$ 1.7 bilion.