Histeria (filem)

Histeria
Poster keluaran tayangan
PengarahJames Lee
PenulisJames Lee
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehAkashdeep Singh
Muzik olehNurzaidi Abdul Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 18 Disember 2008 (2008-12-18) (Malaysia)
Masa tayangan
91 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.4 juta
Pecah panggungRM 2.5 juta

Histeria ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2008 arahan sulung James Lee yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin dan lain-lain serta turut dibantu oleh Adi Putra, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli, filem ini berkisarkan gejala histeria dan jembalang busut yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Ia ditayangkan pada 18 Disember 2008 oleh Tayangan Unggul dan menerima ulasan positif. Pada tahun 2022, hampir 14 tahun selepas filem ini ditayangkan, ia telah diadaptasi ke drama bersiri premium bertajuk sama sebanyak 8 episod yang disiarkan di Astro Citra bermula 6 Jun.