Ainul Aishah
Ainul Aishah | |
|---|---|
اينل ايشح | |
| Kelahiran | Ainul Aishah binti Azizun 16 April 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon, model, ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Pasangan | Khalid Redzuan (k. 2022) |
Ainul Aishah binti Azizun (Jawi: اينل ايشح بنت ازذن; lahir 16 April 1985) merupakan seorang pelakon, model dan ahli perniagaan wanita Malaysia, berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau dilahirkan di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau terkenal dengan peranan lakonannya sebagai Marina dalam filem Histeria (2008) dan sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah (2016).