HRT F1
| Nama penuh | HRT Formula 1 Team (2011–2012) Hispania Racing F1 Team (2010–2011) Campos Meta 1 (2009) |
|---|---|
| Pangkalan | Madrid, Sepanyol |
| Pengasas | Adrián Campos |
| Kakitangan terbaik | Colin Kolles Geoff Willis Luis Pérez-Sala Daniele Audetto Toni Cuquerella |
| Pemandu terbaik | Karun Chandhok Bruno Senna Sakon Yamamoto Christian Klien Narain Karthikeyan Daniel Ricciardo Vitantonio Liuzzi Pedro de la Rosa |
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Enjin | Cosworth |
| Perlumbaan pertama | Grand Prix Bahrain 2010 |
| Perlumbaan | 58 (56 permulaan) |
| Kejuaraan Pengeluar | 0 |
| Kejuaraan Pemandu | 0 |
| Kemenangan perlumbaan | 0 |
| Petak pertama | 0 |
| Pusingan terpantas | 0 |
| Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2012 |
HRT Formula 1 Team, dahulunya dikenali sebagai Campos Meta 1 dan Hispania Racing, ialah sebuah bekas pasukan Formula Satu yang bertapak di Sepanyol, dan diasaskan oleh Adrián Campos. Ia kemudiannya dijual kepada José Ramón Carabante, sebelum membuat penampilan pertama mereka pada tahun 2010, dan kemudiannya kepada syarikat Thesan Capital pada bulan Julai 2011. Pasukan ini merupakan pasukan Formula Satu dari Sepanyol yang pertama untuk berlumba dalam Formula Satu, selepas 'Bravo F1" gagal menyertai sukan tersebut pada tahun 1993.
Pada bulan November 2012, pemilik HRT mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pembeli untuk menjual pasukan. Apabila mereka gagal mencari pembeli sebelum tarikh akhir 30 November, HRT tidak dimasukkan ke dalam senarai kemasukan Formula Satu musim 2013.