Grand Prix Brazil 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-20 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
| Tarikh | 25 November 2012 | |
| Nama rasmi | Formula 1 Grande Prêmio Petrobras do Brasil 2012 | |
| Lokasi | Autódromo José Carlos Pace, São Paulo, Brazil | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 4.309 km (2.677 batu) | |
| Jarak | 71 pusingan, 305.909 km (190.067 batu) | |
| Cuaca | Awal perlumbaan: hujan renyai, dan hujan lebat pada akhir perlumbaan.
Suhu udara19 °C (66 °F) Suhu litar 21 °C (70 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:12.458 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:18.069 pada pusingan ke-38 | |
| Podium | ||
| Pertama | Jenson Button | McLaren-Mercedes |
| Kedua | Fernando Alonso | Ferrari |
| Ketiga | Felipe Massa | Ferrari |
Grand Prix Brazil 2012 (nama rasmi: Formula 1 Grande Prêmio Petrobras do Brasil 2012) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah berlangsung di Autódromo José Carlos Pace di São Paulo, Brazil pada 25 November 2012, dan ia merupakan perlumbaan yang ke-20 dan terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2012. Perlumbaan ini juga merupakan Grand Prix Brazil yang ke-41. Perlumbaan ini dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan McLaren.
Sebastian Vettel menjadi Juara Pemandu Dunia bagi tahun 2012 pada perlumbaan ini.