Pedro de la Rosa
De la Rosa di Grand Prix Malaysia 2010 | |
| Lahir | 24 Februari 1971 |
|---|---|
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Kewarganegaraan | Sepanyol |
| Tahun aktif | 1999–2002, 2005–2006, 2010–2012 |
| Teams | Arrows, Jaguar, McLaren, Sauber, HRT |
| Entri | 107 (105 permulaan) |
| Kejuaraan | 0 |
| Kemenangan | 0 |
| Podium | 1 |
| Mata kerjaya | 35 |
| Petak pertama | 0 |
| Pusingan terpantas | 1 |
| Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 1999 |
| Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2012 |
| Kedudukan 2012 | Ke-25 (0 mata) |
Pedro Martínez de la Rosa (lahir 24 Februari 1971) ialah seorang pemandu Formula Satu Sepanyol yang bertanding dalam 107 perlumbaan Grand Prix untuk pasukan Arrows, Jaguar, McLaren, Sauber dan HRT F1. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada 7 Mac 1999, dan menjadi salah seorang pemandu yang mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan sulung mereka. Beliau mendapat 35 mata kejuaraan, termasuk satu podium di Grand Prix Hungary 2006.
Pada 21 November 2011, ia telah diumumkan bahawa de la Rosa telah menandatangani kontrak dua tahun untuk memandu bersama HRT F1, namun hanya bersama pasukan tersebut bagi satu musim selepas HRT menarik diri dari Formula Satu bagi musim 2013, dan meninggalkannya tanpa pasukan untuk berlumba pada musim 2013. Pada 16 Januari 2013, de la Rosa telah diumumkan sebagai pemandu pembangunan Ferrari bagi musim 2013.