Hashim Jahaya
Datuk Hashim Jahaya (1962-2022) ialah ahli politik dan peguam Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal (2004-2008). Jawatan terakhir beliau dalam parti ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah.
Datuk Hashim Jahaya | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kedah | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Mohamad Sabu |
| Digantikan oleh | Ahmad Kasim |
| Majoriti | 10,214 (PRU-11) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1962 |
| Meninggal dunia | 7 Mei 2022 (60 tahun) Taman Suria, Pantai Johor, Alor Setar |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Bidang pengkhususan | Peguam Bertauliah |