Harrison Hassan
Harrison Hassan | |
|---|---|
| حَارِصُون حَسَّان | |
| Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
| Menyandang jawatan 18 Januari 2025 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Jeram | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mohd Shaid Rosli (PH–BERSATU) |
| Majoriti | 5,398 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Harrison bin Hassan |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (sehingga 2023) Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) (sejak 2023) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sehingga 2023) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2023) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Harrison bin Hassan merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Jeram sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Sebelum itu, beliau merupakan ahli, Timbalan Ketua Bahagian Sungai Buloh dan Setiausaha Kerja Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Januari 2025.