Hantu Kak Limah (siri filem)

Hantu Kak Limah
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi
Sinematografi
  • Helmi Yusof (1)
  • Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin (2)
  • Jack Rahmad (3)
Disunting oleh
  • Zappa Khalid (1-2)
  • Amen Khalid (3)
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1: 9 Disember 2010
  • 2: 7 Februari 2013
  • 3: 9 Ogos 2018
Masa tayangan
297 minit (13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 4.09 juta
Pecah panggungRM 50.79 juta

Hantu Kak Limah ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada kesemua tiga filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Tayangan Unggul menerbitkan dua siri filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem ketiga. Delimawati, Awie dan Rab Khalid telah membintangi kesemua tiga filem.

Filem pertama merupakan kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM7.90 juta. Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2013, menjadi kejayaan dari segi kewangan. Manakala pada 2018, filem ketiga meraih kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.