Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehZappa Khalid
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 7 Februari 2013 (2013-02-07) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.65 juta
Pecah panggungRM 5.89 juta

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (juga dikenali sebagai Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit) ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2013 yang diarahkan oleh Mamat Khalid terbitan Tayangan Unggul dan merupakan kesinambungan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan siri kedua dalam trilogi Hantu Kak Limah. Ia dibintangi oleh Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak dan Usop Wilcha. Ia mengisahkan kepulangan Husin ke Kampung Pisang setelah diisytihar muflis di Singapura dan kedatangannya menjadi sebab kepada kemunculan bekas kekasihnya Mon. Filem ini ditayangkan pada 7 Februari 2013 dan merupakan filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail yang ditayangkan di pawagam.