Hantu Kak Limah

Hantu Kak Limah
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (bersama)
TP Lim (bersama)
Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
DibintangiAwie
Zul Ariffin
Uqasha Senrose
Delimawati
Rab Khalid
TJ Isa
Sharwani NS
SinematografiJack Rahmad
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehTayangan Unggul
Tarikh tayangan
9 Ogos 2018
Masa tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.2 juta
Pecah panggungRM36.23 juta

Hantu Kak Limah (awalnya dikenali sebagai Hantu Kak Limah 3) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.

Penggambaran dijalankan pada Oktober 2017 di Taiping, Perak dan berakhir pada November 2017. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man Kadir, Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah. Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018. Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM37 juta dalam masa 18 hari di seluruh negara

Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Hantu Kak Limah sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018. Teater muzikal filem ini telah dipentaskan di Movie Park Animation Studios (MAPS) dari 24 hingga 31 Disember 2018.