Halle Berry

Halle Berry
Berry di San Diego Comic-Con 2017
Kelahiran
Maria Halle Berry

(1966-08-14) 14 Ogos 1966
Pusat pendidikanKolej Komuniti Cuyahoga
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989 - kini
Pasangan
  • David Justice (k. 1993; c. 1997)
  • Eric Benét (k. 2001; c. 2005)
  • Olivier Martinez (k. 2013; c. 2016)
Rakan kongsi domestikGabriel Aubry
(2005–2010)
Anak-anak2

Halle Maria Berry (lahir Maria Halle Berry; 14 Ogos 1966) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Berry memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya dalam filem Monster's Ball (2001), menjadi satu-satunya wanita berketurunan Afrika Amerika yang memenangi anugerah itu.

Selain Anugerah Akademi, Berry memperoleh peranan berprofil tinggi pada 2000an, seperti Storm dalam X-Men (2000), filem thriler Swordfish (2001) dan Gothika (2003), dan filem pengintipan Die Another Day (2002), di mana beliau memegang watak gadis Bond Jinx. Beliau kemudian muncul dalam kesinambungan X-Men, X2 (2003) dan X-Men: The Last Stand (2006). Pada 2010an, beliau telah muncul dalam filem cereka sains Cloud Atlas (2012), thriler jenayah The Call (2013), X-Men: Days of Future Past (2014), dan filem aksi Kingsman: The Golden Circle (2017) dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum (2019).