Die Another Day
| Die Another Day | |
|---|---|
Poster pawagam British bagi Die Another Day | |
| Pengarah | Lee Tamahori |
| Penulis |
|
| Berdasarkan | watak James Bond oleh Ian Fleming |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | David Tattersall |
| Disunting oleh | Christian Wagner |
| Muzik oleh | David Arnold |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Metro-Goldwyn-Mayer |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 133 minit |
| Negara | United Kingdom |
| Bajet | $142 juta |
| Pecah panggung | $431,971,116 |
Die Another Day (2003) (bahasa Melayu harafiah Mati Di Hari Lain ) merupakan filem pengitipan yang kedua puluh dalam siri James Bond, dan filem keempat dan terakhir yang dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai ejen MI6 fiksyen James Bond. Filem ini menjejak Bond ketika dia memimpin misi ke Korea Utara, di mana dia dikhianati dan, selepas kelihatan seperti membunuh kolonel penyangak Korea Utara, ditangkap dan dipenjarakan. Lebih setahun kemudian Bond dibebaskan sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan. Menyimpulkan bahawa seseorang dalam kerajaan British mengkhianati-nya, dia cuba untuk mendapatkan penebusan dengan mengesan pengkhianat dan membunuh seorang ejen Korea Utara yang dia percaya terbabit dalam penyeksaan dirinya.
Die Another Day, dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Brokoli, dan diarahkan oleh Lee Tamahori, menandakan ulang tahun ke-40 francais James Bond. Siri ini bermula pada tahun 1963 dengan Sean Connery berlakon sebagai Bond dalam filem Dr. No. Die Another Day memasukkan rujukan pada setiap filem-filem sebelumnya.
Filem ini menerima ulasan bercampur-campur. Sesetengah pengkritik memuji karya Lee Tamahori, manakala yang lain mengkritik banyak penggunaan imej janaan komputer dalam filem itu, yang didapati kurang meyakinkan dan mengganggu plot filem itu. Walau bagaimanapun, Die Another Day merupakan filem James Bond pendapatan tertinggi pada masa itu jika tidak diambil kira kesan inflasi.