X-Men: Days of Future Past

X-Men: Days of Future Past
PengarahBryan Singer
Lakon layarSimon Kinberg
Cerita oleh
Berdasarkan"Days of Future Past" oleh
Chris Claremont
John Byrne
Dihasilkan oleh
  • Lauren Shuler Donner
  • Bryan Singer
  • Simon Kinberg
  • Hutch Parker
Dibintangi
SinematografiNewton Thomas Sigel
Disunting olehJohn Ottman
Muzik olehJohn Ottman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 10 Mei 2014 (2014-05-10) (Javits Center)
  • 23 Mei 2014 (2014-05-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
131 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Vietnam
Bajet$200 juta
Pecah panggung$747.9 juta

X-Men: Days of Future Past ialah filem superhero Amerika Syarikat 2014 berdasarkan karakter fiksyen X-Men yang muncul dalam Marvel Comics. Diarahkan oleh Bryan Singer, ia merupakan filem ketujuh dalam siri filem X-Men dan merupakan sekuel kepada kedua-dua X-Men: The Last Stand dan X-Men: First Class. Filem ini dibintangi Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Ellen Page, Peter Dinklage, Ian McKellen dan Patrick Stewart.

X-Men: Days of Future Past menjadi filem yang mendapat ulasan paling baik dalam siri filem X-Men. Ia dipuji untuk jalan ceritanya, kesan visual dan babak aksi, lakonan dan elemen tematik. Ia juga merupakan filem dengan pendapatan tertinggi dalam siri filem ini, mengutip lebih $747 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem ke-6 dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2014. Filem ini menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik, menjadikannya filem X-Men pertama mendapat pencalonan untuk mana-mana kategori Anugerah Akademi.

Sebuah sekuel, X-Men: Apocalypse dijadual ditayangkan pada Mei 27, 2016 dengan Singer mengarah dan McAvoy, Fassbender serta Lawrence menyambung watak mereka.