Haim Hilman Abdullah
Haim Hilman Abdullah | |
|---|---|
Haim Hilman pada tahun 2024 | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
| Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi) | |
| Raja | Sultan Sallehuddin |
| Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
| Didahului oleh | Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Industri dan Pelaburan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Pengajian Tinggi) |
| Kawasan pilihan raya | Jitra |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Jitra | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mukhriz Mahathir (PEJUANG) |
| Majoriti | 23,172 (2023) |
| Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ke-9 | |
| Dalam jawatan 17 Januari 2022 – 18 Januari 2023 | |
| Didahului oleh | Ahmad Bashawir Abdul Ghani |
| Digantikan oleh | Mohd Fo'ad Sakdan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 4 Februari 1973 Tanjung Malim, Perak |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (2023–kini) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) (2023–kini) |
| Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia (2005–2009) Universiti Portsmouth (1998–1999) UiTM (1991–1996) |
Dr. Haim Hilman bin Abdullah (lahir 4 Februari 1973) merupakan ahli politik dan akademik Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Jitra sejak Ogos 2023. Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Januari 2022 hingga Januari 2023. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).