HMS Courageous (50)

Courageous sejurus selepas siap pada tahun 1916
Sejarah
United Kingdom
Nama: Courageous
Dipesan: 14 Mac 1915
Pembina: Armstrong Whitworth
Kos: £2,038,225
Nombor limbungan: 895
Dibaringkan: 26 Mac 1915
Dilancarkan: 5 Februari 1916
Disiapkan: 4 November 1916
Reclassified: Ditukar ke kapal induk, Jun 1924 – Februari 1928
Pengenalan: Nombor pennant: 50
Nama gelaran: Outrageous
Takdir: Ditenggelamkan oleh U-29, 17 September 1939
Ciri-ciri umum sebagai kruiser tempur
Kelas dan jenis: kruiser tempur kelas-Courageous
Sesaran:
  • 19,180 long ton (19,490 t) (normal)
  • 22,560 long ton (22,920 t) (muatan terdalam)
Panjang: 786 ka 9 in (239.8 m)
Lunas: 81 ka (24.7 m)
Draught: 25 ka 10 in (7.9 m)
Installed power:
  • 18 Dandang Yarrow
  • 90,000 shp (67,000 kW)
Jana kuasa: 4 syaf; 4 turbin stim bergear
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Jarak: 6,000 nmi (11,000 km; 6,900 bt) at 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Anak kapal: 842 anak kapal
Persenjataan:
  • 2 × dwi meriam 15 inci (381 mm)
  • 6 × triple meriam 4 inci (102 mm)
  • 2 × single meriam AA 3 inci (76 mm)
  • 2 × single tiub torpedo 21 in (533 mm)
Perisai:
Courageous sebagai kapal angkut pesawat pada 1935
Ciri-ciri umum sebagai pengangkut pesawat
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat kelas-Courageous
Sesaran:
  • 24,210 long ton (24,600 t) (normal)
  • 26,990 long ton (27,420 t) (muatan terdalam)
Panjang:
  • 735 ka 1.5 in (224.1 m) (p/p)
  • 786 ka 9 in (239.8 m) (o/a)
Lunas: 90 ka 6 in (27.6 m) (pada garisan air)
Draught: 27 ka 9 in (8.5 m)
Installed power:
  • 18 Dandang Yarrow
  • 90,000 shp (67,000 kW)
Jana kuasa: 4 syaf, 4 turbin stim bergear
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak: 5,860 batu nautika (10,850 km; 6,740 bt) at 16 knot (30 km/j; 18 mph)
Anak kapal: 814 + 403 grup udara (1938)
Persenjataan: 16 × single meriam AA 4.7 inci (120 mm)
Perisai:
  • Belt: 2–3 in (51–76 mm)
  • Geladak: .75–1 in (19–25 mm)
  • Dinding sekat: 2–3 in (51–76 mm)
  • Dinding sekat torpedo: 1–1.5 in (25–38 mm)
Pesawat yang dibawa: 48

HMS Courageous adalah kapal sulung dari kelas tiga kruiser tempur yang dibina untuk Royal Navy semasa Perang Dunia Pertama. Direka untuk menyokong Projek Baltik yang diperjuangkan oleh First Sea Lord John Fisher, kapal ini mempunyai sedikit perisai dan dilengkapi dengan hanya beberapa meriam berat. Courageous siap pada akhir tahun 1916 dan menghabiskan perang dengan meronda Laut Utara. Ia terlibat dalam Pertempuran Kedua Heligoland Bight pada November 1917 dan hadir semasa Armada Laut Lepas Jerman menyerah kalah setahun kemudian.

Courageous telah dilucutkan tauliah selepas perang, kemudian dibina semula sebagai kapal induk pesawat semasa pertengahan tahun 1920an. Ia boleh membawa 48 pesawat berbanding dengan 36 yang dibawa oleh kapal separa kembar Furious pada berat yang lebih kurang sama. Selepas ditauliahkan semula ia menghabiskan sebahagian besar kerjayanya beroperasi diluar pantai Great Britain dan Ireland. Ia secara singkat menjadi kapal latihan, tetapi kembali kepada peranan biasanya beberapa bulan sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua pada 1 September 1939. Courageous telah di torpedo dan karam pada minggu ketiga peperangan, tenggelam bersama lebih 500 anak kapal termasuk keptennya.