Gunung Tahan

Gunung Tahan
Gunung Tahan
Titik tertinggi
Ketinggian2,187 m (7,175 ka)
Tonjolan2,140 meter (7,020 ka)
Koordinat4°37′57″N 102°14′03″E / 4.63250°N 102.23417°E / 4.63250; 102.23417
Geografi
Gunung Tahan
Malaysia
LokasiTaman Negara
Di antara sempadan negeri Pahang (Daerah Jerantut) dan Kelantan (Jajahan Gua Musang)
Induk banjaranBanjaran Tahan
Peta topoJUPEM Gunung Tahan (MY502A)

Gunung Tahan (Jawi: ڬونوڠ تاهن) terletak dalam Taman Negara di negeri Pahang, selatan Semenanjung Melayu; Gunung ini merupakan sebahagian daripada Banjaran Tahan, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Negara Seri Dharmaraja dan banjaran induk Banjaran Tanah Seri. Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di wilayah semenanjung negara Malaysia dan juga Semenanjung Melayu yang menganjur dari wilayah Melayu Tanah Seri di Myanmar sehingga Tanjung Piai, Johor Bahru dan Singapura sekaligus puncak tertinggi Banjaran Tanah Seri dengan ketinggian 2,187 meter.

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.