Jajahan Gua Musang

Gua Musang
Jajahan Gua Musang
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiڬوا موسڠ
 • Cina话望生县
Lokasi Gua Musang di Kelantan
Gua Musang
Lokasi Jajahan Gua Musang di Malaysia
Koordinat: 4°53′N 101°58′E / 4.883°N 101.967°E / 4.883; 101.967
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Status munisipalitiJanuari 2022 (Ditunda)
PusatGua Musang
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Gua Musang
Pentadbiran
 • Ketua JajahanDato' Haji Norazman Bin Abd. Ghani
 • Yang Dipertua DaerahTuan Haji AB Pattah Bin Hasbullah
Keluasan
 • Jumlah7,979.77 km2 (3,081.01 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah101,894
 • Kepadatan13/km2 (33/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
18300
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjgm.kelantan.gov.my
mdgm.kelantan.gov.my

Jajahan Gua Musang atau hanya dikenali sebagai Gua Musang (sebutan dalam loghat tempatan: Guo Musae; Jawi: ݢوا موسڠ) merupakan salah satu daripada 11 jajahan negeri Kelantan. Jajahan ini terletak di selatan negeri Kelantan. Jajahan ini dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan ini juga merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan merangkumi separuh keluasan negeri Kelantan. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Jajahan Gua Musang merupakan pecahan daerah paling besar di Malaysia Semenanjung mengatasi Jerantut 7207.6 km² dan Hulu Perak 6560.43 km².