Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Kerajaan Malaysia

Ibu pejabat rasmi JUPEM
Intisari agensi kerajaan
Dibentuk1908 (1908)
JenisAgensi kerajaan
Ibu pejabatWisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia
MotoPemacu Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Negara
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi kerajaan
  • Dato' LSr. Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Laman sesawang
jupem.gov.my

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jawi: جابتن اوكور دان ڤمتاءن مليسيا; singkatan: JUPEM) merupakan sebuah jabatan yang di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Jabatan ini bertanggungjawab dalam bidang pengukuran dan pemetaan seperti aktiviti kadaster, aktiviti pemetaan dan juga aktiviti geospatial pertahanan. Malahan pula, jabatan ini juga berfungsi untuk penetapan arah kiblat dan waktu solat, pencerapan anak bulan, ramalan air pasang surut dan lain-lain yang berkaitan dengan pengukuran dan pemetaan.

Jabatan ini ditadbir oleh seorang ketua pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan dan dibantu oleh 2 orang yang diberikan 2 bahagian iaitu Timbalan Ketua Pengarah (I) dan Timbalan Ketua Pengarah (II).