Guinea-Bissau
Republik Guinea-Bissau | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
| Cogan kata: Unidade, Luta, Progresso "Perpaduan, Perjuangan, Kemajuan" | |||||
| Lagu kebangsaan: Esta É a Nossa Pátria Bem Amada "Ini Tanah Air Kita Yang Tercinta" | |||||
| Ibu negara dan bandar terbesar | Bissau 11°52′N 15°36′W / 11.867°N 15.600°W | ||||
| Bahasa rasmi | Portugis | ||||
| Bahasa ditutur | |||||
| Kumpulan etnik (2019) |
| ||||
| Agama (2020) |
| ||||
| Demonim | Guinea-Bissau Guinea | ||||
| Kerajaan | Republik separa presiden kesatuan | ||||
• Presiden | Umaro Sissoco Embaló | ||||
• Perdan Menteri | Rui Duarte de Barros | ||||
| Badan perundangan | Dewan Rakyat Kebangsaan | ||||
| Kemerdekaan daripada Portugal | |||||
• Diisytiharkan | 24 September 1973 | ||||
• Diiktiraf | 10 September 1974 | ||||
| Keluasan | |||||
• Jumlah | 36,125 km2 (13,948 bt2) (ke-134) | ||||
| 22.4 | |||||
| Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 2,080,000 (ke-150) | ||||
| 47/km2 (121.7/sq mi) (ke-154) | |||||
| KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ $6 bilion | ||||
| ▲ $3,000 | |||||
| KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ $2 bilion | ||||
| ▲ $1,000 | |||||
| Gini (2021) | 33.4 sederhana | ||||
| HDI (2022) | ▬ 0.483 rendah · ke-179 | ||||
| Mata wang | Franc CFA Afrika Barat ( XOF) | ||||
| Zon waktu | UTC±00:00 (GMT) | ||||
| Arah memandu | kanan | ||||
| Kod panggilan | +245 | ||||
| Kod ISO 3166 | GW | ||||
| DPT internet | .gw | ||||
Guinea-Bissau, rasminya Republik Guinea-Bissau, ialah negara di Afrika Barat yang mencakupi 36,125 kilometer persegi (13,948 bt2) dengan anggaran penduduk seramai 2,026,778 orang penduduk. Negara ini bersempadan dengan Senegal di utara dan Guinea di tenggara.
Guinea-Bissau dahulu sebahagian daripada kerajaan Kaabu, serta sebahagian daripada Empayar Mali. Bahagian di kerajaan ini berterusan hingga abad ke-18, manakala beberapa bahagian lain di bawah pemerintahan Empayar Portugal sejak abad ke-16. Pada abad ke-19, ia dijajah sebagai Guinea Portugal. Kawalan Portugal terbatas dan lemah hingga awal abad ke-20, manakala kempen pendamaiannya memantapkan kedaulatan Portugal di kawasan tersebut. Kejayaan terakhir Portugal ke atas baki benteng terakhir bagi penentangan tanah besar terjadi pada 1915, dengan penaklukan Kerajaan Bissau pimpinan Papel oleh pegawai tentera Portugal Teixeira Pinto dan askar upahan Wolof Abdul Injai.
Kepulauan Bissagos, kepulauan di pesisir Guinea-Bissau, ditakluk rasmi pada 1936, menjaminkan kawalan Portugal dari kedua-dua tanah besarndan kepulauan di rantau tersebut.
Setelah merdeka, diisytiharkan pada 1973 dan diiktiraf pada 1974, nama ibu negaranya, Bissau, ditambah ke nama negara untuk mengelakkan kekeliruan dengan Guinea (dahulu Guinea Perancis). Guinea-Bissau ada sejarah politik yang tidak stabil sejak merdeka. Presiden yang sekarang Umaro Sissoco Embaló dipilih pada 29 Disember 2019.
Sekitar 2% penduduk berbahasa Portugis, bahasa rasmi, sebagai bahasa pertama, dan 33% berbahasa Portugis sebagai bahasa kedua. Kreol Guinea-Bissau, kreol berasaskan bahasa Portugis, ialah bahasa kebangsaan dan juga dianggap bahasa perpaduan. Menurut kajian 2012, 54% penduduk menutur Kreol sebagai bahasa pertama dan sekitar 40% menuturnya sebagai bahasa kedua. The remainder speak a variety of native African languages.
Negara ini ada ramai penganut agama Islam, Kristian, dan pelbagai kepercayaan tradisional. Keluaran dalam negeri kasar per kapita negara ini ialah salah satu daripada yang terendah di dunia.
Guinea-Bissau ialah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, Masyarakat Ekonomi Negara Afrika Barat, Pertubuhan Kerjasama Islam, Masyarakat Negara Bahasa Portugis, Organisation internationale de la Francophonie, Perikatan Negara Pulau Kecil dan Zon Keamanan dan Kerjasama Atlantik Selatan. Ia juga ahli Kesatuan Latin yang kini dibubar.