Pertubuhan Kerjasama Islam

Pertubuhan Kerjasama Islam
منظمة التعاون الإسلامي (ar)
Organisation of Islamic Cooperation (en)
Organisation de Coopération Islamique (fr)
Kerangka
KependekanOIC 
Jenis/bentuk sahPertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan, Islamic organization 
Bahasa rasmiBahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Inggeris 
Tapak webnew.oic-oci.org 
Sejarah
Ditubuhkan25 September 1969 
Pengurusan
PengerusiHissein Brahim Sem Taha 
SubsidiariStatistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries, OIC-StatCom, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam, OIC Council of Foreign Ministers, Research Centre For Islamic History, Art and Culture 
Lokasi
Ibu pejabatJeddah 
Lokasi
Koordinat21°30′36.2″N 39°10′57.3″E 
sunting · sunting di Wikidata

Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.

Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.