Granola

Granola ialah sejenis hidangan sarapan dan makanan ringan terdiri daripada emping oat, kekacang, madu atau pemanis lain seperti gula perang, dan kadangkalanya bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan. Pada proses membakar, campuran dikacau untuk mengekalkan longgar sarapan sereal konsisten. Buah kering, seperti kismis dan kurma, dan manisan seperti coklat kadangkalanya juga ditambah. Penambahan biji rami ke dalam granola terutamanya sering digunakan untuk membantu pencernaan. Granola sering dimakan bercampur bersama yogurt, madu, buah-buahan segar (seperti pisang, strawberi atau beri biru), susu atau bijirin jenis lainnya. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk pelbagai pastri, pencuci mulut atau aiskrim.

Granola dibawa ketika aktiviti mendaki bukit, berkhemah, atau backpacking kerana ia berkhasiat, ringan, tinggi kalori, dan mudah disimpan (ciri sama untuk trail mix dan muesli). Sebagai makanan ringan, ia sering digabungkan dengan madu atau sirap jagung dan dipekatkan menjadi bar bentuk yang senang dibawa sebagai bekalan makan tengah hari, sewaktu mendaki, atau aktiviti luar yang lain.