Beri biru
| Beri biru بيري بيرو | |
|---|---|
| Vaccinium corymbosum, beri biru semak tinggi utara | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | Asterids
|
| Order: | |
| Keluarga: | Ericaceae
|
| Genus: | Vaccinium
|
| Seksyen: | Cyanococcus Rydb.
|
| Spesies | |
|
Lihat teks | |
Beri biru (Tulisan Jawi: بيري بيرو) (Vaccinium corymbosum) ialah sejenis tumbuhan berbunga saka dengan beri berwarna nila. Tumbuhan ini dikelaskan dalam bahagian Cyanococcus genus Vaccinium. Vaccinium juga termasuk kranberi, bilberi dan grouseberry.
Pokok beri ini bercirikan renek rendah yang boleh mencecah dari setinggi 10 sentimeter (3.9 in) hingga ke 4 meter (13 kaki). Dalam konteks pengeluaran beri biru secara komersil, spesies yang bersaiz kecil dikenali sebagai lowbush blueberry ("beri biru semak rendah" atau " ~ liar"), manakala spesies yang bersaiz lebih besar dikenali sebagai highbush blueberry ("beri biru semak tinggi"). Beri biru yang ditanam secara komersilnya tumbuh asli di Amerika Utara, dengan beri jenis "highbush" belum lagi diperkenalkan ke Eropah sehingga tahun 1930-an.
Daunnya (sama ada ia bersifat luruh atau malar hijau) berbentuk bujur atau seakan pisau, serta berukuran sepanjang 1–8 cm (0.39–3.15 in) dan selebar 0.5–3.5 cm (0.20–1.38 in). Bunganya berbentuk loceng berwarna putih, merah jambu pucat atau merah yang kadangkalanya kehijauan sedikit. Buah yang dihasilkan bercirikan beri dengan diameter antara 5–16 milimeter (0.20–0.63 in), dengan hujungnya berbentuk mahkota. Buah beri ini pada mulanya kehijauan pucat, kemudiannya merah keunguan dan akhirnya ungu gelap apabila masak. Buah ini juga dilitupi lilin epikutikular seakan serbuk apabila disentuh, ia mempunyai rasa manis apabila ia masak dengan rasa kemasaman yang berbeza. Pokok beri ini biasanya berbuah pada pertengahan musim tumbuhnya bergantung kepada persekitarannya seperti kentinggian dan latitud. Oleh itu, musim berbuahnya memuncak dari seawal Mei hingga Ogos di Hemisfera Utara.