Grace Kelly
| Grace Kelly | |
|---|---|
Puteri Grace di Amsterdam t. 1972 | |
| Puteri Monaco | |
| Tenure | Templat:Daterangedash |
| Keputeraan | Grace Patricia Kelly 12 November 1929 Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat |
| Kemangkatan | 14 September 1982 (umur 52) Monaco Hospital, La Colle, Prinsipaliti Monaco |
| Pemakaman | 18 September 1982 Cathédrale de Notre-Dame-Immaculée, Monaco-Ville, Monaco |
| Pasangan | Rainier III, Putera Monaco (k. 1956) |
| Anakanda |
|
| Kerabat | Grimaldi (melalui perkahwinan) |
| Ayahanda | John B. Kelly Sr. |
| Bonda | Margaret Katherine Majer |
| Agama | Katolik |
| Tandatangan | |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1950–56 |
| Anugerah | |
Grace Patricia Kelly (12 November 1929 – 14 September 1982) merupakan seorang pelakon teater dan filem Amerika Syarikat yang giat terlibat dalam bidang lakonan termasuk banyak pementasan, siri TV dan filem pada dekad 1950-an. Perkenalannya dengan Putera Monaco, Rainier III, membawa kepada suatu hubungan kuat di mana mereka berkahwin saat persaraan Kelly pada April 1956. Kelly menjadi permaisuri ketua negara tersebut yang turut melahirkan tiga orang waris takhta Wangsa Grimaldi sambil mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikatnya.
Lakonannya dalam Mogambo (1953) meraih beliau pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan meraih Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, pada tahun berikutnya pula beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam filem drama The Country Girl.