Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pemenang terkini: Allison Janney
JenisAward for best supporting actress (en) Anugerah Akademi
PeneranganLakonan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu
NegaraAmerika Syarikat
Disampaikan olehAMPAS
Kali pertama1937 (untuk lakonan dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 1936)
Kini dipegang olehAllison Janney
I, Tonya (2017)
Tapak web
www.oscars.org
sunting ยท sunting di Wikidata

Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ialah sebuah anugerah dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS). Ia diberi sebagai penghormatan kepada pelakon wanita yang menunjukkan lakonan luar biasa dalam peranan pembantu semasa bekerja dalam industri filem. Di majlis Anugerah Akademi ke-9 yang diadakan pada tahun 1937, Gale Sondergaard merupakan pemenang pertama anugerah ini untuk peranannya dalam Anthony Adverse. Dianne Wiest dan Shelley Winters memenangi anugerah terbanyak dalam kategori ini dengan dua anugerah. Thelma Ritter dicalonkan sebanyak enam kali, lebih banyak daripada pelakon wanita lain. Setakat majlis anugerah tahun 2018, Allison Janney adalah pemenang dalam kategori ini untuk persembahan lakonannya sebagai LaVona Golden di dalam filem I, Tonya.