Gotthard Heinrici
| Gotthard Heinrici | |
|---|---|
Heinrici selaku Kolonel Jeneral, 1943 | |
| Nama samaran | Unser Giftzwerg(terjemahan harfiah "our poison dwarf", bermaksud "our tough little bastard") |
| Kelahiran | 25 Disember 1886 Gumbinnen, Prusia Timur, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman now Gusev, Wilayah Kaliningrad, Persekutuan Rusia |
| Meninggal dunia | 10 Disember 1971 (umur 84) Karlsruhe, Baden-Württemberg, Jerman Barat |
| Disemadikan | Freiburg im Breisgau |
| Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
| Tahun perkhidmatan | 1905–45 |
| Pangkat | Generaloberst |
| Unit | Rejimen Ke-95 (Thuringia Ke-6) Infantri Rejimen Ke-14 (Pomerania Ke-3) Infantri Divisyen Ke-203 Infantri |
| Arahan | Divisyen Ke-16 Infantri Kor XII Kor XXXXIII Tentera Darat Ke-4 Tentera Darat Pertama Panzer Kumpulan Tentera Darat Vistula |
| Pertempuran | Perang Dunia I
|
| Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang Iron Cross Kelas 1 Iron Cross Kelas 2 Lencana Cedera warna Hitam |
| Tandatangan | |
Gotthard Heinrici (25 Disember 1886 – 10 Disember 1971) adalah seorang Kolonel Jeneral dalam Tentera Darat Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau adalah penerima Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang (Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwertern). Heinrici telah dianggap sebagai pakar taktik pertahanan terbaik dalam Heer (Tentera Darat Jerman) dan merupakan seorang pegawai yang profesional dan bersopan santun. Ini membawa kepada tugasan terakhirnya sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Vistula (saki baki terakhir Kumpulan Tentera Darat Tengah) di hadapan Berlin pada April 1945. Pengarang buku "The Last Battle", Cornelius Ryan, menceritakan kisah Jeneral Heinrici dan hari-hari terakhirnya dalam Pertempuran Berlin.