Godzilla (filem 2014)

Godzilla
Poster filem
PengarahGareth Edwards
Lakon layarMax Borenstein
Cerita olehDavid Callaham
BerdasarkanGodzilla oleh
Toho
Dihasilkan oleh
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Mary Parent
  • Brian Rogers
Dibintangi
SinematografiSeamus McGarvey
Disunting olehBob Ducsay
Muzik olehAlexandre Desplat
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • Mei 8, 2014
    (Teater Dolby)
  • Mei 16, 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
123 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$160 juta
Pecah panggung$529.1 juta

Godzilla ialah sebuah filem kaijuu cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2014. Ia diarahkan oleh Gareth Edwards dan sebuah buatan semula francais Godzilla Toho. Ia merupakan filem ke-30 dalam francais Godzilla, dan filem Godzilla kedua yang diterbitkan oleh sebuah studio Hollywood dan ia bersetting dalam dunia rekaan yang bernama Monster Universe ataupun MonsterVerse.

Filem ini adalah sebuah produksi bersama diantara Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures. Ia dibintangi Aaron Taylor-Johnson, Watanabe Ken, Elizabeth Olsen, Juliette Binoche, Sally Hawkins, David Strathairn dan Bryan Cranston. Projek ini pada awalnya bermula pada tahun 2004 dan pada asalnya bertujuan untuk menjadi sebuah filem pendek IMAX tetapi kemudiannya dipindahkan ke Legendary untuk pembangunan sebagai sebuah filem. Fotografi utama mengambil tempat di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 2013.

Godzilla dikeluarkan dalam di seluruh dunia dalam format 2D, 3D dan IMAX pada 15 Mei 2014 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik dan peminat. Filem ini mencapai kejayaan di box office, membuat kutipan seluruh dunia sebanyak $529 juta. Kejayaan filem ini mendorong Legendary untuk meneruskan filem sekuel dan francais berkongsi sinematik dengan filem kedua Godzilla dijadual ditayangkan pada 08 Jun 2018 manakala filem Godzilla vs. Kong dengan King Kong dijadual ditayangkan pada tahun 2021.