Aaron Taylor-Johnson
Aaron Taylor-Johnson | |
|---|---|
Taylor-Johnson pada tahun 2014 | |
| Kelahiran | Aaron Perry Johnson 13 Jun 1990 High Wycombe, Buckinghamshire, England |
| Warganegara | British |
| Nama lain | Aaron Johnson |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2001–sekarang |
| Ketinggian | 180 cm (5 ka 11 in) |
| Pasangan | Sam Taylor-Johnson (k. 2012) |
| Anak-anak | 2 |
Aaron Taylor-Johnson (lahir Aaron Perry Johnson; 13 Jun 1990) ialah seorang pelakon Inggeris, dikenali dengan peranannya dalam filem-filem Kick-Ass dan sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron. Beliau mula berlakon ketika berumur enam tahun dan muncul dalam filem-filem seperti Angus, Thongs and Perfect Snogging (2008) dan The Illusionist (2006). Beliau kemudiannya mula membintangi sebagai watak utama dalam Nowhere Boy, dimana beliau melakonkan watak John Lennon; Kick-Ass dan sekuel Kick-Ass 2 sebagai tajuk karakter; Savages dan Godzilla. Johnson melakonkan watak Quicksilver dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier pada tahun 2014. Beliau menyambung wataknya dalam filem 2015, Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.
Beliau pada mulanya dikredit sebagai Aaron Johnson dan mula dikredit sebagai Aaron Taylor-Johnson pada tahun 2013 bersama Kick-Ass 2. Beliau dengan sahnya menukar nama beliau selepas berkahwin dengan pengarah, Sam Taylor-Wood.