Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar
Ghulamhaidar Yusof Khan Bahadar PGDK, JP (Sabah) | |
|---|---|
| غلامحيدر خان بهادر | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kawang | |
| Menyandang jawatan 2004 | |
| Didahului oleh | Osu Sukam |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar 9 Jun 1955 Papar, Sabah, Malaysia |
| Parti politik | GAGASAN (Sejak 2023) BERSATU (2020-2022) BERSATU (2019-2020) (-2019) |
| Pasangan | Datin Rosna Haji Mohd Yunus |
| Pertalian | Musa Aman (besan) Mohammed Hayssam Musa (menantu) Norjan Khan Bahadar (kakak) |
| Anak | Fiti Hana |
Datuk Seri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (lahir 9 Jun 1955) adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawang, Sabah yang telah dilantik pada 2004 lalu. Beliau merupakan seorang ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) iaitu sebuah parti komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau merupakan bekas ahli UMNO Sabah sebelum keluar meninggalkan parti tersebut pada 2019 untuk menyertai BERSATU Sabah, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan yang seterusnya menjadi komponen Perikatan Nasional. Pada tahun 2022, Datuk Ghulamhaidar dan rakan-rakan seperjuangan beliau telah mengumumkan untuk meninggalkan parti nasional tersebut kerana ingin menyatakan sokongan dan penyertaan terhadap parti buatan tempatan di Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen rasmi di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).