Nana Akufo-Addo
Tuan Yang Terutama Nana Akufo-Addo | |
|---|---|
Akufo-Addo pada tahun 2017 | |
| Presiden Ghana | |
| Menyandang jawatan 7 Januari 2017 | |
| Naib Presiden | Mahamudu Bawumia |
| Didahului oleh | John Dramani Mahama |
| Menteri Hal Ehwal Luar Negeri | |
| Dalam jawatan 1 April 2003 – 1 Julai 2007 | |
| Presiden | John Kufuor |
| Didahului oleh | Hackman Owusu-Agyeman |
| Digantikan oleh | Akwasi Osei-Adjei |
| Peguam Negara Ghana | |
| Dalam jawatan 7 Januari 2001 – 1 April 2003 | |
| Presiden | John Kufuor |
| Didahului oleh | Obed Asamoah |
| Digantikan oleh | Papa Owusu-Ankomah |
| Ahli Parlimen untuk Akim Abuakwa South | |
| Dalam jawatan 7 Januari 2005 – 7 Januari 2009 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Samuel Atta Akyea |
| Ahli Parlimen untuk Abuakwa | |
| Dalam jawatan 7 Januari 1997 – 8 Disember 2004 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Kawasan pilihan raya dimansuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | William Addo Dankwa Akufo-Addo 29 Mac 1944 Accra, Gold Coast (sekarang Ghana) |
| Parti politik | Parti Patriotik Baru |
| Pasangan | Rebecca Griffiths-Randolph |
| Anak | 5 anak perempuan |
| Kediaman | Jubilee House |
| Pendidikan | Kolej Lancing New College, Oxford Universito Ghana Inns of Court School of Law |
| Laman web | Laman sesawang kempen |
Nana Addo Dankwa Akufo-Addo (disebut [æˈkʊfoʊ ɑːˈdoʊ ], lahir 29 Mac 1944) ialah seorang ahli politik dari Ghana selaku Presiden memerintah negara tersebut yang terkini sejak 7 Januari 2017. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara dari tahun 2001 hingga 2003 dan sebagai Menteri untuk Hal Ehwal Luar Negeri dari tahun 2003 hingga 2007 di bawah pentadbiran pimpinan Kufuor. Beliau juga merupakan Pengerusi Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat yang terkini.
Beliau bertanding merebut jawatan presiden kali pertama pada tahun 2008 dan sekali lagi pada 2012, kedua-duanya sebagai calon Parti Patriotik Baru (NPP), tetapi kalah di kedua-dua pilihan raya oleh calon Kongres Demokratik Kebangsaan: John Evans Atta Mills pada 2008 dan John Dramani Mahama pada 2012 selepas kematian Mills. Beliau enggan menyerah dan pergi ke mahkamah, Mahkamah Agung Ghana mengesahkan kejayaan John Dramani Mahama. Beliau dipilih sebagai calon presiden Parti Patriotik Baru buat kali ketiga untuk pilihan raya umum 2016 dan kali ini, beliau menewaskan John Dramani Mahama di pusingan pertama (menang dengan 53.85% undian), yang menandakan kali pertama dalam pilihan raya presiden Ghana seorang calon pembangkang menang majoriti terus di pusingan pertama.